Saturday, June 14, 2014

Pizzzaaaaa

ni bfast sya pg ni...ala2 owg putih.....konon eh..
piza roti...
roti gardenia...sya guna 8 kping
daging burger ramly...6 keping
bawang holland...hiris dadu
sayur campur
sosej hiris nipis
lada hitam
sos cili n tomato
cheese slice
keju parut
mayonise
susu cair 1cawan +1 bj telur
tumis bwg dgn planta/butter
masukkan bawang biar naik bau..masukkn daging burger
boh la lada hitam..sos cili n tomato...serta garam..
roti..celup dlm susu susun dlm loyang...boh daging burger yg kita masak td...lapis dgn sosej..letak cheese slice...lapis semula dgn roti...ulang mcm yg mula2 td...atas sekali tabur keju parut...mayonis.n semua sos...bakar 25 minit...
siap...cuba lh

Kek Batik~~


Monday, June 9, 2014

Kek Batik

Kek Batik Moist

8bj telur
1ketul butter
3/4cup gula
1cup milo
1tin kecil susu mnis
2cup tpg gndum
500g biskut marie
3sudu teh browning

Satukan semua bahan d atas dlm kuali hingga x berketul kecuali telur n biskut.

Panaskan adunan dgn api sederhana. Bl adunan mula melikat tuang telur. Kacau adunan hingga hampir bersatu & masukkan biskut. Offkan api.

Msk kan dlm loyang 10". Tekan2 supaya rata. sejukkan dlm freezer. Hidangkan selepas 1-2jam.

Selamat mencuba.

P/s: abaikan kek coklat dlm pinggan tu..hihihi

Spageti~~~

Bhan2 utk kuah:
Bwang besar 1 bj*
Halia skit
Bwang putih*
Cili kering*
Cili api*(ikut la klu nk pedas sbb kitorg suke pedas klu x nk letak pun blh)
Cili sos & tomato sos
Daging hancur (sye pkai jename ramly burger je)
Tomato 2 bj potong dadu
Bwang besar 1 bj potong dadu
Bhan2 * blender sampai hancur





Cara msk :
Tumis semua bhan yg d blender sampai garing, msukkan daging.. Msukkan air skit nk bg daging msk... Biar sampai msk n mukkan tomato n bwang besar msukkan cili sos skit n tomato sos ikut selere kite nk msam mcm mne.. Biar die kering sikit n da ciap kuah die...

Utk hiasan n sedap skit sye letak cheese.. Kdng2 klu x cukup pedas sye letak cili api potong jgak... Ni la spegetti ala malaysia...

Roti bakar bergula


Ice Cream


Chiken Ball

Chiken ball...festime buat.rasa blh tahan walaupun rupa x berapa nak cantik...
Resepi:
-dada ayam 3 ketul
-bawang merah 2 ulas
-bawang putih 2 ulas
-Lada sulah secukup rasa
-garam secukup rasa
Blend semua bahan di atas....
-kentang 3 biji(rebus) kemudian lenyek
-tepung gandum secukupnya...
Gaulkan dan uli kesemua bahan dengan tepung sampai doh kemudian bulat bulatkan celup telur kemudian salut dengan serbuk roti..kemudian goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan..dah siap.....selamat mencuba

Thursday, June 5, 2014

Resepi Puding Aiskrim ( jeBateja 32 )


RESEPI TOMYAM PUTIH ALA THAI

Bahan-bahan:
v  1/4 ekor ayam..(dipotong kecil)
v  3 ekor sotong..(dipotong bulat)
v  6 ekor udang besar...
v  batang serai..(dititik)
v  2 ulas bawang putih (ketuk)
v  ½ bawang besar (potong)
v  6 helai daun limau purut...(dikoyakkan sedikit)
v  1cm lengkuas...(dihiris)
v  3 bawang kuning/ bawang kuning...(dibelah 4)
v  5 biji cili api..(dititik sedikit)
v  1 biji tomato (belah 4)
v  Carrot sedikit
v  Cendawan tiram sedikit
v  Bunga kobis sedikit
v  beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2)
v  Garam,gula,serbuk perasa.


Cara membuat:
v  Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. - Rebus semuanya hingga mendidih.
v  Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)
v  Masukkan sotong, udang dan daun limau purut...
v  Selepas itu masukkan semua sayuran.
v  Setelah mendidih...masukkan garam dan serbuk perasa...
v  Tutup api & masukkan perahan limau...sedia dihidangkan...

RESEPI : MASHED POTATO ALA KFC

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.


Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 2 kiub ayam knorr
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sosyang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Tuesday, June 3, 2014

Lepas ni tak yah nak beli lagi ICE CREAM

Ais krim 
Bahan2 
1kotak besar air Dutch lady perisa strawberry /coklat 
2Biji telur ambik putih sahaja 
8Sudu besar gula 
2Sudu besar ovalet
Cara2
Masukkan semua bahan2 dalam bekas besar dan pukul sampai kembang... dah kembang letak dalam bekas... last masuk dalam peti ais

JANGAN TAK CUBA ~!!!!

Twisties handmade..baru siapp untuk santapn mlm..mmg sedapp n rangup.
Resepi
Sebungkus laksa kering
Sepaket kari ayam
Sebuku kiub ayam knorr
Secawan nestum
Semua d masukkan kdlm blander b bland semua..gaul d dlm laksa kering yg d goreng.
*pthkn pendek2 laksa kemudian goreng.

Sarapan~~


Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-bahan (5-6 orang)
1. 500 g spaghetti
2. 1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
3. 1 cawan minyak zaitun (olive oil)
4. 3 ulas bawang putih (dihiris)
5. 3 sudu besar chili flakes
6. 3 sudu besar oregano flakes
7. 3 sudu besar parsley flakes
8. 1 sudu kecil lada hitam
9. 1 sudu kecil garam
10. 1 kiub pati ayam/meggie

Cara-cara :
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit.
3. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
4. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
5. Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.

Roti Chease untuk Hubby~~~~


Ayam Halia tu~~~~

Bahan bahannya

Bahan A

Ayam secukupnya - dipotong kecil
1 inchi halia - hiris halus
1 sudu besar kicap cair

Bahan B

1 biji bawang besar - dihiris bulat - leraikan
2 biji bawang putih - hiris halus
Cilipadi - titikkan
Carrot - hiris halus
Celery - jika suka ( sy tak letak )
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam jika perlu


Caranya

Bersihkan ayam. satukan bahan A
Perab dlm 1 jam

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau
Masukkan ayam dan gaul rata
Biarkan air ayam keluar
Masukkan sos tiram, bawang besar dan cilipadi
Masak sehingga empuk
Tambah air jika ingin berkuah
Kalau tak nak kuah masak sehingga kering
Letak garam jika perlu

Meh guna Nutela lak


Masakan Tradisional kaum jawa Johor


Mai try buat Pizzzza pulak ya~~~


Let try this~


Puding ^^ v


Creative ~~~


Daging Masak Blackpepper ringkas.

Bahan2:
Sekilo daging dicuci bersih
*Sebiji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*sedikit halia
*sedikit lada hitam
(Kisar halus semua bahan bertanda * )
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap manis/ masin
Cara2:
1) perap daging dengan bahan kisar dan sos tiram serta kicap. Biarkan lebih kurang satu jam.
2) lepas satu jam panaskan kuali dan masukkan daging yg diperap. Masukkan air dan masakkan daging sehingga empuk. Air adjust ikut keempukan daging memasing.
3) bila daging agak kering dan empuk boleh masukkan kentang atau carrot dan bawang yg dipotong bulat.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5) sedia di hidang.
SELAMAT MENCUBA